Para pengunjung semua, esok Geng Warung akan menduduki peperiksaan UPSR 2008. Jadi kami berpakat untuk sahur lebih awal supaya dapat tidur lebih lama dan segar keesokan harinya. Jangan lupa doakan kejayaan kami ya!
Bercakap tentang makanan, Geng Warung ingin berkongsi maklumat yang dipaparkan di laman web
Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur mengenai amalan baik peniaga makanan tidak kiralah di restoran ataupun warung.
Antaranya, semua pengendali makanan hendaklah menjaga kebersihan diri sepanjang masa, mempunyai kuku yang pendek, mencuci tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali makanan, tidak merokok semasa mengendalikan makanan, tidak menghembus hidung, tidak batuk dan bersin ke arah makanan,jangan memegang wang semasa mengendalikan makanan, menggunakan kain pengelap yang bersih dan berasingan untuk mengelap pinggan, mangkuk, meja dan tangan, memegang sudu, garpu, pisau atau cawan yang bersih pada tangkainya dan tidak meludah merata-rata.
Semasa mengendali makanan pula,pengendali makanan hendaklah tidak menggaru badan, mengorek sama ada telinga, gigi atau hidung, menjilat jari, mengunyah sireh atau 'chewing gum', tidak membungkus, mengalas atau menutup makanan dengan bahan yang tidak bersih, plastik berwarna dan bahan bercetak seperti surat khabar. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, anda bolehlah melawat pautan laman web di alamat http://jknkl.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=54