Rabu, Oktober 08, 2008

BERITA GEMBIRA


SELAMAT HARI RAYA SEMUA! Bagaimana dengan suasana hari raya anda? Pasti meriah dan ceriakan! Sekembali kami daripada cuti perayaan ini, Geng Warung dikejutkan dengan satu berita yang amat gembira. Weblog www.jomkewarung.blogspot.com ini telah dicalonkan sebagai finalis kategori Sekolah Rendah Pertandingan MSC Malaysia Apicta 2008, iaitu satu pertandingan yang menyokong penggunaan IT dan dunia siber di negara ini. Pertandingan ini amat berprestij sekali!
Pada 15 Oktober nanti, bertempat di KL Performing Arts Centre, Geng Warung akan berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato'Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang merupakan tetamu kehormat majlis penyampaian anugerah MSC Malaysia Apicta 2008. Sesungguhnya ini merupakan satu penghormatan kepada kami dan misi kami untuk membantu memajukan perniagaan warung di negara ini.Terimakasih juga kepada guru-guru dan ibubapa yang menyokong projek kami selama ini. Dan tidak lupa, TERIMA KASIH MSC APICTA!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wow! tahniah warung. pakcik rasa blog jomkewarung ni satu saja yang nak cakap pasal warung.Agensi kerajaan dan syarikat pun tak buat apa yang kamu semua buat. kadang-kadang orang selalu fikir benda yang besar lebih penting. perkara seperti warung dianggap kecil. Bagi pakcik, kalau blog ini tak menang pada 15 Okt pun tak apa. Ia tetap juara di mata pakcik.

Tanpa Nama berkata...

tahniah Geng Warung! sekurang2nya sekarang kami boleh luahkan pendapat dan masalah di blog anda. nak mengadu kat pihak berkuasa sangat leceh. kenapa pihak bekuasa tak buat macam blog ni. nak tunggu negara lain buat dulu? apapun, tima kasih Geng warung!

Tanpa Nama berkata...

tahniah geng warung. harap kejayaan di tangan kamu.