Rabu, Julai 09, 2008

KISAH WARUNG

Tiada siapa yang betul-betul pasti tentang asal usul warung. Kamus Dewan dan Bahasa mentafsir warung sebagai satu kedai kecil yang menjual makanan dan minuman. Penerangannya sangat ringkas dan mudah sama seperti konsep warung itu sendiri. Hendak bina warung pun begitu juga. Sangat ringkas dan mudah. Sediakan sahaja kepingan papan-papan lama, atap zing, bekalan paku dan pahat, serta beberapa meja dan kerusi buruk. Tak sampai satu hari, warung sudahpun siap terbina! Jika ada wang lebih, bolehlah beli cat untuk mencantikkan warung anda. Tentu lebih menarikkan :)

Ada macam-macam bentuk warung di Malaysia. Kebanyakkannya beratap zing, tetapi ada juga yang beratap payung sahaja. Pemilik warung di negara kita memang kreatif. Sampai lori kecil pun boleh dijadikan warung bergerak! Itulah yang menambah keistimewaan warung di mata kami.

Jom kita ke warung!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hello geng warung!

Tahniah di atas blog anda. Menarik. Jangan lupa update selalu blog Warung Kita ok.

salam. brother bob.

Tanpa Nama berkata...

Hi Adam, Akmal, Ashraf & Fitri,

Welcome to the world of cyber and congrats on the set-up of "jomkewarung" blog!

The concept of warung which is simple to be built is one of the many reasons why warung could be easily found nowadays. Just walk along any areas, I bet you'll find at least one.

Pengunjung warung memang ramai dan di tempat tempat sebegini lah yang selalu dijadikan tempat untuk membentang atau memperdebatkan isu isu semasa bersama rakan rakan taulan.

Tapi ada juga dikalangan kita yang tidak akan mengunjungi warung demi menjaga "standard" dan "class".

To me, as long as the place is clean and the food prepared is hygienic, I don't mind makan kat warung at all.

Lagi best makan kat warung sebab I can be the real me than going to a high-end restaurant but then kena control all the way.

so, kita nak ke warung mana lepas ni? ;o)

muhamads berkata...

HALLLOOOO!

Warunging in cyberspace. Dapat makan itu, dapat minum ini. Tapi kat warung takde telor bungkus, takde ais cream...

Dapat minum teh tarik tak dapat minum root beer. Dapat makan nasi goreng tak dapat makan pizza.

Kadang2 sedap, kadang2 tak sedap, tapi kalau orang belanja, pasti sedap!!

Tapi kenapa pilih warung, kenapa tak pilih restaurant? Cost? Bersih? Cozy? Wi-fi? Tradition? Trust?

Hidup ACU!

Tanpa Nama berkata...

Geng warung, boleh take tunjuk close-up kuih melaka, minyak dan lepa pisang. tak dapat rasa, tengok punj adilah...

alllll the best kiddos...

anti ainoon

Geng Warung berkata...

Terima kasih kerana berkunjung ke Warung Kita.

Tanpa Nama berkata...

bagus,benar eh...tapi kalo buat pasal warung acik lagi best...