Selasa, Julai 29, 2008

PATUHI UNDANG-UNDANG

Ini sedikit maklumat tentang syarat-syarat perniagaan warung yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)untuk membantu rakan-rakan yang berminat untuk memulakan perniagaan warung di sana.

Menurut DBKL, Lesen Penjaja Warung atau Gerai merangkumi kategori-kategori:
a. Gerai statik beroda berukuran 1.83m x 0.915m.
b. Gerai berukuran1.83m x 0.915m dalam kawasan penjaja Bandar Raya Kuala Lumpur
c Gerai berukuran 1.83m x 0.915m di tepi jalan/tanah persendirian.
d. Gerai di pasar-pasar malam.

Bagi mereka yang mahu berniaga di sekitar Kajang, anda boleh membuat pertanyaan di Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor atau telefon 03-87377899. UNTUK MAKLUMAT LANJUT, LAYAR LAMAN WEB DBKL & MPKJ YANG TERDAPAT DI AKHIR BLOG INI.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Abang ucap bebanyak terima kasih sebab letak maklumat ni. Abang becadang hendak buka warung tetapi tak tahu di mana hendak mohon lesen di Kajang. Nasib baik anak saudara bagi tahu tentang blog ni. Teruskan usaha adik-adik dan sokonglah warung kita!

Tanpa Nama berkata...

Saya dah lihat laman web dbkl di blog ni. Terima kasih banyak kerana membantu kita orang.