Ahad, Julai 13, 2008

WARUNG NASI KAPAU


Warung-warung di Malaysia bukan sahaja menjual makanan tempatan tetapi banyak juga yang menyediakan resepi makanan dari Indonesia seperti Warung Nasi Kapau yang terletak di Jalan Raja Alang Kuala Lumpur. Adam, seorang Geng Warung berkunjung ke Warung Nasi Kapau hari Selasa lepas, bersama keluarganya.
Kata Adam, pemilik Warung Nasi Kapau ini berasal dari Kampung Kapau dekat Bukit Tinggi, Sumatera dan telah menetap di Kuala Lumpur selama 20 tahun. Di sini, warungnya menjual nasi padang iaitu sejenis hidangan yang popular di Sumatera. Selain itu, jika makanan Melayu ada sambal belacan, nasi padang pula wajib ada sambal hijau. Kata Adam sambal hijau itu pedas, memang kapau!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kelaka sungguh cerita warung nasi kapau ni. saya pun nak try jugak lah. :)